Monday 18 January 2010

PELITA BRUNEI- 3rd January 2010



Kursus ternakan ketam
berkulit lembut tertutup dibukakan




BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 3 Januari. - Golden Crab Enterprise, sebuah syarikat tempatan yang beroperasi sejak setahun yang lepas menerajui bidang akuakultur ternakan Ketam Nipah dan pusat ternakan ketam kulit lembut secara tertutup yang pertama di negara ini.


Syarikat tersebut juga menawarkan kursus dibukakan kepada orang ramai yang berminat dengan ternakan ketam nipah berkulit lembut secara tertutup yang akan diadakan selama dua hari bermula dari 9 hingga 10 Januari 2010 nanti.


Penglibatan para penduduk mukim dan kampung, bakal-bakal pesara, ibu tunggal mahu pun orang kurang upaya, peserta dari bantuan kemasyarakatan dan Baitul Mal, organisasi dan koperasi serta Perusahaan-perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sangat dialu-alukan.


Ternakan yang berteknologi tinggi ini boleh dikomersialkan dan ia lebih praktikal, terkawal dan menjimatkan kos serta memberi keuntungan yang besar.


Kaedah ini juga boleh menjimatkan ruang dan hanya memerlukan penggunaan tenaga kerja yang kecil.


Menternak ketam Nipah boleh membantu menambah pendapatan ekonomi keluarga dan memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan.


Penglibatan nelayan tempatan di dalam membekalkan anak-anak ketam boleh menambah penghasilan harian manakala pengusaha PKS juga akan dapat mengembang dan meluaskan perniagaan mereka.


Bayaran bagi setiap pendaftaran mengikuti kursus tersebut sebanyak BND300 setiap seorang manakala bagi mereka yang berminat untuk melanggan set ternakan ketam secara tertutup bolehlah menghubungi syarikat berkenaan.


Para peserta akan diberikan taklimat mengenai ternakan Ketam Nipah secara teori pada hari pertama kursus dan pada hari kedua mereka akan dibawa ke ladang ternakan ketam bagi mempelajari cara-cara ternakan Ketam Nipah secara praktikal.


Di akhir kursus itu nanti, para peserta juga akan diberikan sijil penyertaan oleh Syarikat Golden Crab Enterprise.


Mereka yang berminat untuk menyertai kursus tersebut boleh menghubungi Awang Haji Hasbol Shah bin Rosmali Shah - 8751657, Awang Haji Ramli bin Haji Othman - 8784125, Pengiran Saputra bin Pengiran Bakar - 8813682 dan Awang Hassan bin Haji Mohd. Salleh - 8896687.


(Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad) 


No comments:

Post a Comment