Monday 11 January 2010

Ketam ‘nipah’ pasaran menggalakkan




Ketam ‘nipah’ pasaran menggalakkan
(Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad)
DALAM kemajuan teknologi hari ini, projek ternakan dan perladangan bukanlah sesuatu yang mustahil lagi.

Dengan menggunakan kepakaran yang ada, seseorang itu sebenarnya dalam diam telah menjadikan gudang di kawasan perindustrian atau rumah kedai dua tingkat sebagai ‘kebun’ atau ‘kolam ikan’ yang mampu menjana pendapatan bulanan puluhan ribu ringgit.




INILAH ketam yang diternak oleh Syarikat Golden Crab Enterprise.


Lebih membanggakan, konsep yang dinamakan ternakan atau pertanian di dalam bangunan turut mewujudkan peluang perniagaan yang lebih luas kepada mereka yang berminat.

Perniagaan yang dipelopori kemudiannya akan dikembangkan lagi dan diperkenalkan kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi ahli bagi melahirkan lebih banyak usahawan tani.

Menggunakan konsep serupa, Golden Crab Enterprise yang diusahakan oleh pengusaha tempatan, telah beroperasi sejak setahun lalu, menerajui dalam bidang akuakultur secara tertutup khususnya ternakan ketam dan merupakan pusat ternakan ketam secara tertutup yang pertama di negara ini.

Menurut Pengarah Urusannya, Pengiran Haji Haris bin Pengiran Haji Duraman, bidang ternakan ketam secara tertutup ini boleh menjimatkan kos perbelanjaan dan pengurusannya adalah mudah.

“Sebelum ini, banyak yang tahu ketam hanya boleh didapati dengan cara tradisional iaitu dengan cara ‘membintur’ dan ternakan di dalam kolam sahaja,” katanya.

Tetapi, tambahnya, dengan adanya teknologi baru dan terkini, ketam 'nipah' juga boleh diternak di dalam bangunan dan mempunyai peluang yang tinggi untuk dikomersialkan kerana permintaannya amat tinggi di pasaran.

Ketam nipah juga dikenali sebagai ketam bakau atau ketam lumpur yang boleh didapati dalam tiga warna iaitu hijau, coklat dan perang.

Ketam yang membiak secara bertelur ini boleh mencapai berat sehingga tiga kilogram dan mempunyai nilai yang tinggi terutama sekali di restoran-restoran mewah.



KELEBIHAN


Pengarah Pentadbiran Am dan Setiausaha syarikat berkenaan, Awang Haji Ramli bin Othman turut menerangkan sumber ketam melalui ternakan liar di negara ini adalah sebanyak 40 peratus, 10 peratus adalah dari hasil ternakan kolam dan 50.

Peratus selebihnya adalah merupakan ketam import dari luar negara seperti Thailand, Viet Nam dan Republik Indonesia.

“Golden Crab Enterprise bercita-cita untuk mengambil alih sekurang-kurangnya 40 peratus daripada jumlah peratus import seandainya ternakan ketam nipah secara tertutup ini akan mendapat sambutan yang baik di pasaran negara,” jelasnya.

Beliau berasal dari negara jiran, Malaysia, merupakan rakan kongsi di syarikat berkenaan yang telah memperkenalkan sistem ternakan ketam secara tertutup kepada pengusaha-pengusaha tempatan di negara ini.

Ternakan ketam secara tertutup mempunyai kelebihan kerana ia adalah sistem yang baru diperkenalkan bagi ternakan ketam dengan menggunakan probiotik yang digunakan bagi mengawal mutu air dan menggunakan modal yang rendah bagi memulakan projek dan pulangan yang tinggi berbanding projek yang lain.

Ia juga mengambil jangka masa yang pendek untuk setiap tuaian dan menggunakan tenaga kerja yang paling minima.

Melalui konsep memelihara mengikut kaedah penternakan tertutup yang dikawal dengan baik menerusi sistem perairan yang lebih sistematik, ia adalah penemuan terbaru dalam teknologi pembiakan ketam nipah.

Dengan mempraktikkan kaedah penternakan yang dinamakan Sistem Penternakan Ketam Bersepadu (ICS), baka-baka ketam nipah akan melalui proses pembiakan dengan cara yang lebih moden dan selamat.

Mengikut konsep penternakan terbaru ini, air sisa ternakan akan dikitar semula selepas dibersihkan secara automatik dengan menggunakan teknologi terkini.

Setiap anak ketam yang sudah mencapai berat seratus gram akan ditempatkan di satu ruangan khas dalam setiap petak PVC bagi memastikan pembiakannya lebih cepat dan kami pula dapat memantau proses pembesarannya dengan lebih baik dari sehari ke sehari.

Makanan ketam ternakan adalah ‘Ikan Baja’ kerana ketam merupakan sejenis karnivor yang memerlukan protein yang tinggi.

Terdapat sejumlah 324 unit kotak ternakan yang merupakan tempat tinggal ketam nipah berkenaan selama proses ternakan yang mengambil masa selama 40 hari sehingga proses bersalin kulit.

Ketam mengambil masa lebih kurang enam minit bagi proses bersalin kulit dan kemudiannya badannya (isi) akan menjadi lembut dan ketika itulah, proses pengambilan bagi isi-isi ketam akan dilunaskan.

Ketam-ketam tanpa kulit ini mempunyai nilai yang agak mahal sehingga mencecah BND18 sekilogram jika dibandingkan dengan nilai ketam-ketam yang biasa dijual di pasar-pasar atau kedai-kedai.

Selain kepakaran da
lam ternakan ketam nipah, syarikat ini juga mempunyai pengalaman luas dalam bidang akuakultur, latihan dan teknikal serta pengurusan.



No comments:

Post a Comment